Wakaf Pusat Pengajian Taman Islam #twitter



45 Tahun Pusat Pengajian Taman Islam telah melahirkan ribuan pelajar tahfiz .

Ramai yang dah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti seperti Universiti Al-Azhar, Syria,Yaman, Jordon dan lain-lain lagi.

Bayangkan, asbab wakaf anda selepas ini Taman Islam akan terus bertahan melahirkan ramai hafiz dan hafizah yang kembali mendidik masyarakat.


Pelajar Taman Islam terdiri daripada pelajar yang berusia 6 tahun sehingga 18 tahun .


Masya’Allah. Tak putus pahala anda dapat. Pahala terus berkitaran,  silih bergantinya anak-anak tahfiz yang datang belajar di Taman Islam.




Sesungguhnya membantu anak tahfiz adalah proses membina modal insan yang berilmu untuk kembali membantu masyarakat.

  • Apabila anda membantu pejuang ilmu ini, sepertinya anda telah menolong orang lain menjadi taat kepada Allah. 


Insya’Allah. Anda juga akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang anda tolong.


  • “Jika anda menolong seorang penuntut ilmu dalam menyediakan asramanya, atau memberi infak kepadanya.

Maka anda akan mendapatkan pahala seperti penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.


 

  • Demikian pula jika anda membantu seorang yang melaksanakan solat agar mudah baginya melakukan solat.


    Baik tempat solatnya, pakaiannya, air wudhunya dan apa saja yang dapat memudahkannya untuk melakukan solat, maka anda akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang solat.


  • Sesungguhnya, barangsiapa yang menolong orang lain untuk melakukan suatu ketaatan kepada Allah

Maka dia akan mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang melakukan ketaatan tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.



Terus bertambah pahalanya selagi mana anak tahfiz ini belajar di Taman Islam. Apatah lagi jika terdapat 116 anak-anak tahfiz?

Pahala 116 penuntut ilmu yang dapat manfaat daripada wakaf anda. 

Bukan saja untuk tahun 2022, pahalanya Insya’Allah akan terus anda dapat. 

Setiap hari, setiap tahun termasuklah tahun 2023,2024,2025 dan seterusnya.. 

Itulah hebatnya pahala wakaf ni.


Cumanya, pusat pengajian Taman Islam ni dah dibina 45 tahun. Kebanyakan bangunan dibina berasaskan kayu. Oleh itu, bangunan-bangunan ini sudah terlalu uzur dan kurang selamat diduduki anak-anak tahfiz.



Dindingnya reput dimakan anai-anai dan uzur kerana kebanyakan binaan adalah daripada rumah kayu. Sampaikan ada anak-anak tahfiz yang terjatuh kerana terpijak kayu bangunan yang reput.



Bahkan paling menyedihkan lagi berlaku pula kejadian kebakaran pada Januari 2022 yang telah memusnahkan 7 buah rumah hingga mangsa-mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang.



Bahkan Menteri Besar YB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut datang melawat tempat kejadian untuk melihat kerosakan yang berlaku.





Sebab itulah wakaf anda untuk Pusat Pengajian Taman Islam ini sangat diperlukan. 

Dan usah khuatir kerana Taman Islam adalah pusat pengajian yang berasaskan kebajikan berdaftar penuh di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).




InsyaAllah, wakaf anda dapat memudahkan keperluan berikut dapat dilakukan:

 


 Alhamdulillah, ini perkembangan terkini pembinaan yang sedang dijalankan di Pusat Pengajian Taman Islam.




Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

 

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .

 

Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." 

(HR Muslim).

Maklumat Tambahan:  


1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.


2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Wakil Pengurusan Pusat Pengajian Taman Islam : +6017-9427456 (Tuan Ustaz Nakhaie)


4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ A- Wakaf (Sekeluarga) >> RM1000
PAKEJ C - Wakaf (Suami & Isteri) >> RM250
PAKEJ D - Wakaf (Individu) >> RM50
Pakej E- Wakaf Seikhlas Hati - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN