ADA PELAJAR YANG TERJATUH & CEDERA AKIBAT TERPIJAK LANTAI RAPUH DI BANGUNAN SUNGGUH USANG!
Alangkah sedihnya apabila keadaan ini berlaku
Pusat Pengajian Taman Islam(TAMAN ISLAM) terletak di Lot 1520 Kg Bakau Tinggi 24000 Kemaman, Terengganu ditubuhkan pada tahun 1977 sudah beroperasi lebih dari 45 tahun dan juga merupakan antara pusat pengajian yang tertua di Terengganu.
TAMAN ISLAM amat memerlukan infaq dan sumbangan ikhlas anda untuk melakukan pembinaan bangunan baru memandangkan bangunan sudah sungguh usang dan uzur!
Sumbangan anda walaupun sedikit, ia amat bermakna kepada TAMAN ISLAM!
MASALAH YANG DIHADAPI SEKARANG
Secara am, masalah utama yang dihadapi oleh TAMAN ISLAM buat masa ini ialah kekurangan dana dan ia sudah tentu menjejaskan proses pembinaan semula bangunan di sini.
Setelah 45 tahun menabur bakti, banyak blok bangunan 2 tingkat yang uzur teruk dan tidak sampai hati untuk dilihat apatah lagi digunakan untuk aktiviti pembelajaran. Serius, bangunan asrama dan bangunan sekolah rendah sudah amat uzur. Dindingnya telah kena dimakan anai-anai dan reput kerana usia bangunan terlalu lama 
Lebih menyedihkan lagi, pada bulan Januari 2022 yang lepas, 32 orang warga TAMAN ISLAM telah terlibat kebakaran dengan kebakaran yang menyebabkan mangsa-mangsa terlibat tinggal sehelai sepinggang.
KESAN BESAR JIKA SUMBANGAN TAK DAPAT DIKUTIP DAN MASALAH BERTERUSAN
TAMAN ISLAM amat terkesan dengan keadaan sekarang dan jika masalah ini berterusan, ia sudah pasti akan terus menjejaskan operasi dan proses pembelajaran dan pengajaran tahfiz dan secara am kelestarian dan keberadaan kami sebagai institusi tahfiz akan terjejas.
KESAN KESAN BILA SUMBANGAN BERJAYA DIKUTIP
Alhamdulillah, besar harapan kami untuk melihat sistem pembelajaran dan pengajaran tahfiz terus beroperasi dan berjalan lancar di TAMAN ISLAM hingga melahirkan hafiz dan hafizah yang unggul. Dengan ini, kelestarian dan keberadaan TAMAN ISLAM sebagai institusi tahfiz akan dapat berkembang maju.
KISAH INSPIRASI & KEJAYAAN PELAJAR TAMAN ISLAM
Banyak kisah kejayaan dan inspirasi yang lahir dari TAMAN ISLAM . Antaranya ialah
✅
TAMAN ISLAM
berjaya melahirkan ramai ikon dakwah dalam masyarakat antaranya Allahyarham Ustaz Riduan Rahmat, mantan Ketua Dewan Ulama Selangor
✅
TAMAN ISLAM
juga pernah melahirkan
kumpulan nasyid Lambaian Kasih(LK)
yang pernah merakam 2 buah album iaitu
Hidayah Keinsafan
dan
Dunia oh Dunia.
Kini bekas anggota LK bergabung dgn anggota lain dan melahirkan kumpulan
Soutul Amal
yang aktif dalam industri nasyid sehingga kini.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Keseluruhan dana yang diperlukan ialah berjumlah RM4.1 juta .
Pecahan dana ialah seperti berikut
✅ Bangunan sekolah : RM 300K
✅ Bangunan asrama perempuan: RM 300K
✅ Bangunan asrama perempuan : RM 300K
✅ Rumah guru : RM 500K
✅ Bilik Penginapan (Ibu Bapa Yang jauh datang untuk menginap) : RM 250K
✅ Van sekolah : RM 150K
✅ Kos pembelajaran bulanan : RM 50K
Untuk Fasa 1 , kami memerlukan dana berjumlah RM900,000 untuk pembinaan bangunan maahad, asrama perempuan dan asrama pelajar .
InsyaAllah, apabila Fasa 1 berjaya dibuat, kami sudah ada perancangan untuk menyiapkan rumah guru, bilik penginapan, van sekolah dan kos operasi pada Fasa 2 dan Fasa 3.
Kami amat berbesar hati sekiranya tuan puan bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan yang seterusnya. Sumbangan ikhlas tuan puan terlalu bermakna untuk pembangunan TAMAN ISLAM dan keseluruhan warganya.
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Wakil Pengurusan Pusat Pengajian Taman Islam : +6017-9427456 (Tuan Ustaz Nakhaie)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.
DI BULAN RAMADAN YANG MULIA INI, KAMI SESUNGGUHNYA MERAYU SUMBANGAN IKHLAS ANDA YANG BUDIMAN!